PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah menyelesaikan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH), membabitkan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kerusi yang mahu ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presidennya Amira Aisya Abd Aziz.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya MUDA berkata parti itu, berhasrat bertanding kira-kira 15 kerusi, dengan salah seorang calon adalah Presiden parti itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Bermakna ada lagi perkara yang perlu kami rungkaikan antara MUDA dan PH. Kita akan percepatkan perbincangan itu dalam dua tiga hari dan akan ada lagi beberapa perjumpaan dengan PH, untuk diselesaikan membabitkan beberapa kerusi lagi.
BACA: #SuaraMalaysia: 'YB oh YB', hampir 70 peratus tak puas hati dengan perkhidmatan
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG PRU15
"Apabila semuanya selesai, pihak kami akan membuat pengumuman kepada semua media, mana kerusi yang kami dapat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Turut hadir dalam rundingan berkenaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Steven Sim.
Amira Aisya berkata beliau akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah kerusi yang ada, dan akan memastikan bahawa pakatan pilihan raya itu berhasil.
"Setakat ini 30 peratus lagi adalah kerusi yang bertindih dan (MUDA) tidak langsung meminta kerusi disandang (daripada PH). Sekiranya terdapat apa-apa pertidihan pihak kami akan sedaya upaya menyelesaikannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
MUDA berhasrat bertanding kira-kira 15 kerusi, dengan salah seorang calon adalah Presiden parti itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Amira Aisya tidak akan kosongkan kerusi DUN Puteri Wangsa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz tidak akan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Kes Zahid: MUDA tuntut semua Ahli Parlimen kerajaan nyatakan pendirian
MUDA menuntut kesemua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengemukakan pendirian mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tindakan senarai hitam Amira Aisya ikut undang-undang - JPPM
Dakwaan Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz bahawa beliau disenarai hitam daripada memegang sebarang pertubuhan berdaftar adalah tidak tepat.
PRN: 'Satu tak bermakna tak boleh buat perubahan' - Timbalan Presiden MUDA
Beliau berkata politik baharu harus disambut baik oleh parti-parti lain tanpa wujud sebarang unsur sabotaj terhadap calon-calon mereka.
PRU15: Syed Saddiq pertahan Muar
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Nov 19 depan.
PRU15: 70 peratus kerusi MUDA selesai dibincangkan bersama PH
MUDA telah menyelesaikan perbincangan dengan PH, membabitkan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kerusi yang mahu ditandingi pada PRU15, kata Timbalan Presidennya AMira Aisya Abd Aziz.
Penduduk rayu selesai isu flat terbengkalai hampir 20 tahun
Mereka mendakwa, perancangan awal melibatkan pembinaan 911 unit rumah jenis kos sederhana rendah membabitkan 10 blok, namun setakat ini hanya empat blok yang siap dibina dan sudah didiami penduduk.
MUDA umum pengarah pilihan raya minggu hadapan
MUDA akan mengumumkan pengarah pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dalam satu persidangan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin dan Selasa